Tuesday, June 12, 2012

Bea Rocher Closet

Salam Readers.

Dah lama nak buat entry ni, tapi tak ada masa lah. Hihi, macam busy sangat je. 31 May lepas officially umur aku 20 tahun then tarikh yang sama jugak, aku open Bea Rocher Closet. Shopping online lah kiranya ni. Sebenarnya aku memang minat bisnes-bisnes ni, tapi tak ada kesempatan dan aku rasa ni baru permulaan. Lebih kepada mengisi masa lapang lah kot. Bea Rocher Closet buat masa ni jual kasut, korean dress, tops n maxi dress. Teruja tak dengar ? Haha. Siapa yang biasa shopping online tau lah macam mana kan. Jangan lah bandingkan barang online dengan barang KLCC korang tu. Memang lah lainkan, kalau nak kata mahal lebih baik kau beli je dekat KLCC tu, toksah cakap barang aku jual mahal, okay ? Please take note my dear :) Mehhh lah jemput datang tengok apa yang ada dekat Bea Rocher Closet ni. Harga murah2 bhai berpatutan dengan barangnya, serious gua tak tipu :)








Kvoll shoes





Do come and like our page :)




Thanks for reading Handsome and Pretty :)

Hello semester 4 !


Salam readers.

Alhamdulillah, dah 4 hari kat segamat. Sem ni aku dapat bilik dekat hujung dunia, kawan-kawan lain duk dekat2. Aku pulak tercampak jauh, haihhh sedihnya lah. Nak lepak pun memang jarang lah, kalau tak de pape memang tak lah aku turun. Tapi tak apa lah, aku bersyukur :) Jadual semester ni memang memuaskan hati, sehari je aku bangun pagi. Awwww. Yang bangun pagi tiap2 hari mesti jealous kan. Tiap-tiap pagi aku tengok roomate aku siap-siap g classs. Hihi. Insya-Allah tinggal satu lagi semester, semoga segalanya dipermudahkan. Amin.



Cun tak ?





Thanks for reading Handsome and Pretty :)

Friday, May 18, 2012

Golongan lelaki ditarik wanita

Salam Readers..

Nak bagi ceramah motivasi sikit petang jumaat ni. Yang ni copy from official facebook Sham Kamikaze. Teruskan membaca ye anak-anak :)

Seseorang wanita itu apabila di yaumal akhirah akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'udzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yang kita pikul.

PERTAMA - AYAHNYA

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

KEDUA - SUAMINYA

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh,
puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

KETIGA ABANG-ABANGNYA

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

KEEMPAT - ANAK LELAKINYA

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.



Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan




Thanks for reading Handsome and Pretty :)

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru

Salam Readers..

Hari guru jatuh pada 16 May setiap tahun dan tarikh itu adalah hari ini. Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar guru. (ayat hari raya ke apa ? ) Especially cikgu2 yang pernah ajar aku baik dari sekolah rendah, sekolah agama, sekolah menengah, darjah khas, kolej dan universiti eh semua lah. Cikgu memandu je belum. Kahkah. Terima kasih untuk semuanya cikgu. Kerana cikgu2 sekalian, aku berada di kedudukan sekarang. Ilmu, sokongan, kasih sayang dan pengorbanan yang diberi tidak sesekali dilupa begitu, percaya lah cikgu :) Okay gambar kat bawah ni aku korek2 dari arkib negara. Muka mintak penumbuk tudung kuning tu.



Kenangan raya 2009

Yang tudung hijau member kamcing gua masa sekolah. Yang tudung hitam pun member sekelas gua *kepala hotak kau*. Ehh bukan bukan, yang tudung hitam ni lah cikgu favourite aku merangkap guru kelasss kitorg. Muda kan ? Ya, dia dah ada 5 orang anak pun. Bagi tips awet muda please cikgu :) Satu-satunya cikgu yang sangat mengambil berat pasal student kelass dia. Aku antara orang yang rapat dengan dia, rapat sangat. Kalau ada pape problem mesti refer kat dia, share problem. Ber'texting' bagai mengadu itu ini, biasa lah zaman muda-muda dulu dunia penuh dengan pancaroba. Memang memerlukan seseorang untuk berkongsi cerita. Kahkah. Geli-geli je dengar. Thanks cikgu sebab ajar saya sains masa form4/5, thanks sebab sudi dengar cerita-cerita saya, bagi saya ilmu dan budi itu tidak mampu dibalas. Yang mampu dibalas hanya lah doa yang sentiasa diiringi untuk cikgu dan keluarga, kejayaan suatu hari nanti sebagai bukti bagi ilmu yang diberi. Walau jarang bersua, ingatan tetap ada. ILoveYou Cikgu


and she is Mazura Rahmat :)



Thanks for reading Handsome and Pretty :)

Thursday, May 10, 2012

Segmen : Up Follower & Tambah Kenalan

Salam Readers..



Merajinkan diri join segmen, lama tak join benda alah ni. Okay segmen ni kena bagitau jumlah current followers dan asal kita daripada mana. Aku tak nak tag sape2 so kalau ada sape2 nak join, silakan ye. Click segmen di atas untuk pemberitahuan lanjut :)


Jumlah followers aku : 344
Asal : Johor Bahru, Malaysia :)



Thanks for reading Handsome and Pretty :)

Spontaneous Thursday


Thank You Arjuna




Thanks for reading Handsome and Pretty :)

Saturday, May 5, 2012

Reality of blog, twitter, etc


Baik mengaku kalau kau salah seorang yang macam ni. Kihkih




Thanks for reading Handsome and Pretty :)