Saturday, April 28, 2012

Kawan itu apa ?

Salam Readers

Daripada kepala aku bercelaru memikirkan itu dan ini, lebih baik update entry ada baiknya. Banyak sangat hal duniawi yang kene dipikirkan sampai saraf-saraf kepala otak ni dah jadi akar serabut. Eh meh bual pasal sahabat, tak kira lah kawan ke rakan ke member ke, tuh semua dalam erti kata yang sama. Apa nilai sebuah persahabatan agak-agak ? Habiskan baca kalau nak tau :)

TAK KENAL MAKA TAK CINTA
Mula-mula kena lah tau dengan siapa kita nak berkawan. Jenis yang macam mana, ini penting. Yelaa nanti salah pilih takut tak sebulu pulak, cemano ? Diri sendiri jugak yang susah, hati sendiri jugak yang sakit. Kalau dah kenal, baru lah boleh ditapis yang mana satu boleh jadi Best Friend dan yang mana satu boleh jadi Best Friend Forever kita. BF dan BFF itu berbeza ye :)


KEIKHLASAN
Ikhlas ni sepatutnya memang dah tertanam dalam diri semua orang. Kan ? "Muka handsome, muka cantik baru boleh kawan dengan aku". Tolong lah, muka kau sangat cantik ke kak ? Cantik pun hati tak cantik tak ikhlas buat ape kan. Haaaa lagi satu, jangan mengungkit. Ni lah benda paling aku benci, dulu mase baik macam belangkas bukan main semua barang nak dikongsi, bila bergaduh habis semua jadi bahan ungkitan. Macam budak-bidak je. Ehh tapi, ade TAPInya okay, bila keadaan memang memaksa kita untuk mengungkit itu perkara biasa. Means, memang kawan kite tu jenis orang tak kenang budi. HAHA !

MEMAHAMI/MENGENALI HATI BUDI
Nampak ayat untuk orang bercinta je, eh tolong sikit. Ingat orang bercinta je boleh kenal hati budi ? Bila kita faham perasaan kawan kita sendiri, kita dah tau macam mana nak pujuk time dia tengah menangis/sedih. Kita tak buat apa yang dia tak suka. Bila dia kongsi cerita, kita mampu bagi kata-kata semangat untuk dia. Bila dia kata tak suka, please pretend yang kau ada kat belah dia. Jangan nak sebelahkan orang yang dia tak suka :). Bila dah kenal hati budi dia, kau akan tau bila dia marah kat kau, tu sekejap je then dia akan okay.Hihi

SELALU MENGALAH
Selalu mengalah akan menguatkan lagi hubungan persahabatn tu. Percayalah, cuba buat. Hihi. Okay,contoh bila bual pasal satu topic, kau bercakap pasal fakta dia bercakap pasal auta dan dia nak betul je. Tak pe lah, sekali sekala bagi je dia menang. Kalau kau kalah pun, die tak dapat pangkat Datuk ke ape. Sama lah macam nak pilih something, bila bercanggah pendapat cuba untuk mengalah dan dalam hati cakap mcm ni "lepas ni jangan harap aku nak mengalah lagi. Haha

MEMBERI MAAF DAN MENERIMA MAAF
Sifat yang ini, terserlah pada aku. Hoho. Hubungan persahabatan yang utuh akan saling maaf memaafi, tu pun kalau rasa sayang kawan lah. Rajin-rajin kan lah mulut tuh cakap sorry, even kau buat salah kecik. Kita tak tau hati orang, sometimes benda kecik tuh lah yang besar. Yang diberi maaf pun, terima lah seadanya. Ego please jangan setinggi gunung everest. Sebesar mana pun salah kawan tu, cuba untuk menerima maaf dia. Tapi aku tak kisah kalau kau tak boleh lupa salah dia tu sampai mati, aku paham. Aku dah makan garam dulu :D

SETIA KAWAN
Pegi mana-mana pun setia memang penting. Haaa yang ni lebih kepada ingat siapa diri kita ni, jangan lupa diri. Euwwwwww. Dulu kawan dgn yang ini, then si itu datang terus lupa diri padahal si ini yang banyak menolong. Even kau memang jenis yang tak setia dgn bf/gf kau, setia lah dengan kawan sendiri kan. Selalu-selalu lah tepuk dahi sendiri takut terlupa kan.

KASIH SAYANG
Kita manusia dilahirkan dengan sifat penuh kasih sayang kan, tak salah kalau kita berkasih sayang dengan kawan sendiri. Perempuan berkasih sesama perempuan nampak kimia dia dekat situ, tapi bila lelaki berkasih sesama lelaki mesti nampak pelik kan, yelah lelaki kan brutal. Tak kisah lah selagi kimia tuh tak terlebih-lebih. Okay, aku bercakap pasal perempuan. Bila bercakap tuh biarlah dengan penuh kasih sayang, guna panggilan yang loving sikit. Disebabkan aku terlalu begitu, bf sendiri pun jealous. *Relax bro, gua sayang sama-rata :D



Next topic, cara jaga hubungan persahabatan yang tak ada depan mata :

KEEP IN TOUCH
Selalu text and call lah. Kalau rasa tak ada masa nak text lama-lama. Just text cakap 'I Miss You', 'How are you ?', 'Have a great weekend', 'Good Morning', 'Good Night and sweet dream'. Tuh pun dah cukup, janji kita always ingat kawan kita tu even tak text lama-lama. Kalau call memang jarang lah kan, tunggu dapat free call time birthday baru nak call. Hihi. Kalau bukan kedua-duanya, apa guna ada Faceback dengan Twitjer kan ? Selalu-selalu lah tegur kawan tu, tanya khabar apa semua kan. Sekarang dah advance, so tak ade lagi alasan harga setem naik tak mampu nak beli.

SURPRISE !
Tak salah kalau buat surprise untuk kawan sendiri. Buat lah kejutan, tetiba datang jenguk dia kan. Surprise birthday party ke, why not ?




Gambar hiasan


Gambar hiasan



Thanks for reading Handsome and Pretty :)

3 comments:

  1. ape yang b tulis semua betul :)
    yang ni baru namanya kawan sejati..

    ReplyDelete
  2. these are true...btw, nice entry

    ReplyDelete
  3. these are true...btw, nice entry

    ReplyDelete