Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru

Salam Readers..

Hari guru jatuh pada 16 May setiap tahun dan tarikh itu adalah hari ini. Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar guru. (ayat hari raya ke apa ? ) Especially cikgu2 yang pernah ajar aku baik dari sekolah rendah, sekolah agama, sekolah menengah, darjah khas, kolej dan universiti eh semua lah. Cikgu memandu je belum. Kahkah. Terima kasih untuk semuanya cikgu. Kerana cikgu2 sekalian, aku berada di kedudukan sekarang. Ilmu, sokongan, kasih sayang dan pengorbanan yang diberi tidak sesekali dilupa begitu, percaya lah cikgu :) Okay gambar kat bawah ni aku korek2 dari arkib negara. Muka mintak penumbuk tudung kuning tu.



Kenangan raya 2009

Yang tudung hijau member kamcing gua masa sekolah. Yang tudung hitam pun member sekelas gua *kepala hotak kau*. Ehh bukan bukan, yang tudung hitam ni lah cikgu favourite aku merangkap guru kelasss kitorg. Muda kan ? Ya, dia dah ada 5 orang anak pun. Bagi tips awet muda please cikgu :) Satu-satunya cikgu yang sangat mengambil berat pasal student kelass dia. Aku antara orang yang rapat dengan dia, rapat sangat. Kalau ada pape problem mesti refer kat dia, share problem. Ber'texting' bagai mengadu itu ini, biasa lah zaman muda-muda dulu dunia penuh dengan pancaroba. Memang memerlukan seseorang untuk berkongsi cerita. Kahkah. Geli-geli je dengar. Thanks cikgu sebab ajar saya sains masa form4/5, thanks sebab sudi dengar cerita-cerita saya, bagi saya ilmu dan budi itu tidak mampu dibalas. Yang mampu dibalas hanya lah doa yang sentiasa diiringi untuk cikgu dan keluarga, kejayaan suatu hari nanti sebagai bukti bagi ilmu yang diberi. Walau jarang bersua, ingatan tetap ada. ILoveYou Cikgu


and she is Mazura Rahmat :)



Thanks for reading Handsome and Pretty :)

1 comment:

  1. selamat hari guru diucapkan kepada semua guru2 :)
    tanpa mereka mesti kita tak jadi sepandai ni..

    ReplyDelete